PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Tuesday 24 July 2012

Renungan: Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...



Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.....

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Ah...

Monday 16 July 2012

PruBSN Link Series : Takaful untuk keluarga



Fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda – Dapatkan tawaran perlindungan dan pelaburan terbaik

Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan.


PruBSN FirstLink : Mulakan dengan Rancangan Pertama yang unggul.

Apakah PruBSN FirstLink?

PruBSN FirstLink adalah pelaburan caruman tetap pelan Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai rancangan anda untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat hidup anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian hidup anda melalui ciri-ciri yang unik, Bonus AchieveFirst.

PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berusia antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda boleh memilih pelan matang apabila anda mencapai 80 atau 100 tahun.


Apakah tawaran PruBSN FirstLink?

Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.
Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda

Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst. Anda akan menerima RM500 jika anda berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.

a)Membeli rumah pertama anda
b)Menunaikan ibadah Haji
c)Berkahwin
d)Menunaikan ibadah Umrah
e)Apabila anak anda dilahirkan
f)Memperoleh ijazah pasca siswazah

Peroleh Bonus Loyalti

Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

Perlindungan berterusan semasa tempoh sukar.

Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan


Bagaimana untuk meningkatkan lagi FirstLink PruBSN anda?

Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat3 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan

a)Pelan perubatan terkini kami, Medic Essential, adalah satu pelan perubatan yang berpatutan. Ianya membayar balik bil-bil perubatan untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan. Pilih daripada 5 pelan yang disediakan mengikut keperluan anda.

b)Anda juga boleh mengambil Hospital Benefit untuk pendapatan tambahan bagi kemasukan ke hospital

Sediakan pendapatan untuk yang tersayang

a)Pilih Family Income Benefit komprehensif kami yang akan membantu anda atau keluarga anda dengan menyediakan pendapatan bulanan jika anda disahkan menghadapi penyakit kritikal atau hilang upaya atau meninggal dunia

Perlindungan terhadap kemalangan

a)Pilih daripada tiga manfaat kemalangan utama kami, iaitu Accidental Death & Disablement, Accidental Medical Reimbursement dan Weekly Indemnity

Tingkatkan dana simpanan anda

a)Gandakan simpanan anda melalui pelaburan dengan Takaful Saver sama ada dalam Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Dana-dana agresif ini bersesuaian dengan anda jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi.



PruBSN SmartLink : Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda


Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.


Apakah tawaran PruBSN SmartLink?
Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink.

Anugerah kecemerlangan akademik

Cemerlang dalam pembelajaran anda dan kami akan MENGANUGERAHKAN anda dengan Bonus EduSmart4. Lebih tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.

Peroleh Bonus Loyalti

Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan5 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

Pilihan pengeluaran dana

Anda boleh membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Ini termasuk Bonus Loyalti dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) yang telah dikumpulkan.


Bagaimana untuk meningkatkan lagi PruBSN SmartLink anda?

Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat tambahan berikut boleh disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan

a)Sertai Takaful Health2 kami yang inovatif untuk perlindungan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan pembedahan yang memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan jika anda tidak membuat tuntutan untuk tahun tersebut

b)Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital

Memastikan perlindungan yang berterusan

a)Pilih daripada pelbagai rider penyumbang yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa

b)Anda boleh memilih untuk mendapatkan Joint Contributor yang baru diperkenalkan yang melindungi anda dan pasangan anda bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan

Bina dana pendidikan anak anda

a)Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam dana terurus kami, Takafulink Dana Urus

b)Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor kami bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa



PruBSN TakafulLink : Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya

Apakah PruBSN TakafulLink?

PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.


Apakah tawaran PruBSN TakafulLink?

Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.


Peroleh Bonus Loyalti7

Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda

a)Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaat Bilik Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melalui Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen zero deduktibel, ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000

b)Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:

•TH Auto Upgrade - Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan

•TH Annual Limit Waiver - Kini, TH Annual Limit Waiver disediakanuntuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-Takaful) dalam tempoh satu tahun

•TH Overseas - Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ

Perlindungan untuk penyakit kritikal

Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal

Tingkatkan dana simpanan anda

Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti

Pelihara dana simpanan anda

Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon


Apakah manfaat lazim PruBSN Link Series?

1) Kematian
Penama anda berhak mendapat: a)jumlah perlindungan asas, dan nilai unit dalam
akaun

2) Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Tertakluk kepada RM4 juta seumur hidup
atas jumlah perlindungan

3) Kematangan
Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang

4) Penyerahan
Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda


Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

Sumbangan perlindungan bulanan minimum untuk PruBSN SmartLink ialah RM50 manakala untuk PruBSN FirstLink dan PruBSN TakafuLink ialah RM100. Walau bagaimanapun, amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada yang berikut:

a)umur anda
b)amaun perlindungan anda
c)umur kematangan yang anda pilih
d)status kesihatan anda
e)jantina anda
f)pekerjaan anda (jika berkenaan)


Fahami Keperluan Anda


PruBSN sentiasa memahami semua pelanggan untuk memastikan setiap pelanggannya memahami keperluan mereka dan pelan yang diambil adalah yang terbaik dari segi manfaat, kewangan dan perlindungan yang tepat. Ini adalah untuk memastikan pelan yang diambil adalah sangat membantu apabila diperlukan dan bukan semata-mata pelan yang murah, bajet dan tidak langsung membantu. Berikut adalah salah satu pelan yang paling top dalam PruBSN, sangat sesuai untuk semua peringkat umur.


Pelan TAKAFULINK

Dengan hanya RM100 sebulan anda mampu memiliki sekeping kad perubatan bernilai dari RM150,000 dan banyak lagi perlindungan yang akan membuat anda rasa benar2 selamat.

Manfaat Pilihan & Tambahan
1. Kematian dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan, Bayaran Ganti Perubatan Kemalangan
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.

2. Perlindungan Perubatan
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerimabayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.

3. Perlindungan Perubatan Utama
Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan..

4. Manfaat Hospital
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital

5. Bantuan kehilangan Upaya, pendapatan Perlindungan Krisis
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

6. Perlindungan Krisis
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.

7. Indemniti Mingguan
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

8. Penyumbang
Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.

9. Penyumbang Pasangan atau Ibu Bapa
Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia atau mengalami HUMK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada Pelan Takaful pada masa hadapan. Manfaat ini akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun